oh semester baru!
Hari ini aku nak cerita pasal semester baru. Oh! Aku masih diawang-awangan kat rumah. Terasa roh kat sana tapi jasad disini. Someone please help me out? *pandang kanan,pandang kiri* oke. Takda. Abaikan. Sesiapa homesick macam aku aku sila angkat tangan. Haha. Nie baru belajar kat dalam negara, kalau kene kick ke luar negara, aku tak tahu laa apa jadi dengan aku ni. Aku anak manja? Oh!Tidakkk... Ini adalah pertama kali aku berasa nak stay kat rumah buat keje rumah tanpa dibebani oleh apa-apa yang menyeliratkan urat-urat neutron otak aku ini. *skema pulak ayat aku ni* Bila sem baru mula, aku pun mulalah paksa otak nie berfikir, nak kena belajar ke?sem baru subjek ape?result sem lepas macam mana? Oh noooo...!
Perjuangan harus diteruskan! hahaha. Datang daripada mana pulak ayat bermotivasi tu? Haruslah berfikiran positif! *A few minutes later* Alaaa... malaslah nak mengadap buku bagai tu. Haaa...korang tengok masalah aku ni, putus fius betul. Aku pun tak tahu apa yang aku nak sebenarnya. Macam ada benda hilang dalam diri aku ni. Apa yang patut aku buat? Otak aku kosong. Jiwa aku kosong. Kompem! Aku lupa Dia...
Manusia macam aku ni, banyak lalai daripada sedar. Mengucap panjang sebentar. Aku kena betulkan niat aku ni. Semester baru ni, aku kena tabahkan hati kuatkan semangat. Buang yang keruh, ambil yang jernih orang kata. Tuhan kata, banyakkan zikir dan selawat kepada kekasihNya. Ingatkan Dia, insyaAllah hati akan tenang.
Cakap banyak pun tak guna kalau tak amalkan, iye dok? Tepuk dada, tanya iman. Moh ler kita lapangkan hati, betulkan niat untuk semester baru ni. *senyum*
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry ini!
No comments:
Post a Comment