Followers

Tuesday, 24 June 2014

Kalau Tak Suka, Cakap Terus Terang




Tajuk entry pun dah macam jiwang terlebih. Tapi, itulah yang banyak yang terjadi sekarang ini. Kebanyakkan orang terbagi, saja bagi harapan palsu kat orang yang sayangkan dia. Untung sangat ada orang sayang kat kita, tapi kalau kita tak suka, cakap je terus terang kat dia yang kita tak suka dia or kita sayangkan orang lain. Memang sakit pada mulanya bila kita cakap direct atas muka orang tu. Sentap! Tapi, at least kita tak main-mainkan perasaan dia. 


Melainkan dia yang nak tunggu kita sebab kalau dah sayang, sanggup buat apa sahaja untuk orang tersayang. kan? kan? Tapi bagi aku, kalau betul orang sayangkan kita, dia akan jumpa parents kita untuk masuk merisik dulu. Gentleman kan lelaki yang terus terang dengan parents kita. Haa...tak kesah lah baru kenal ke apa, yang penting kejujuran. 


Kawan aku pernah cakap kat aku, terpulanglah kat kita sendiri nak sayangkan orang yang tak sayangkan kita sebab one fine day, ada someone yang akan balas balik apa kita pernah buat. What you give, you get back. Right? Mungkin kita sukar untuk mengecap bahagia masa sekarang, masa depan mungkin kitalah orang yang paling bahagia. Think positive!


Kalau tak suka kat perempuan atau lelaki tu, better tak payah layan. Tak payah nak bajet hot gitu. Haha. Mentang-mentanglah orang tu sayangkan kau, senang-senang je kau main-mainkan perasaan dia, mainkan hati dia. Kau ingat hati dia tu barang mainan ke? Maaf! Aku teremosi lebih. Antara situasi "memberi harapan" yang kebiasaannya ialah alasan tak ready, cara layan, terima sesuatu daripada dia, kongsi masalah, saja pandang dan main mata, dan banyak lagi.


Awak, awak dan awak kat luar sana. Aku mintak tolong sangat jangan mainkan perasaan orang. One fine day, awak, awak dan awak akan terima padahnya. Allah itu Maha Adil. Terus terang kalau tak suka. Jangan bagi harapan palsu. Teramat sakit bila kita sayangkan orang, tapi orang yang kita sayang tu bagi harapan palsu kat kita. Janji yang ditabur, semua manis-manis belaka. Last-last, janji tinggal janji je. Ingat, orang yang memungkiri janji adalah orang yang munafik tau.


Kau dah tahu dia sayang tahap meroyan kat kau. Please stay away from him/her. Jangan kau tunjuk yang kau tertarik kat dia. Jangan kau tunjuk kemachoan/ keayuan kau kat orang yang suka kat kau. Lagi parah bila dia dah gila bayang, senyum sorang-sorang, hati berbunga sampai orang kata tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah. Teramat kesian. Kau orang paling kejam bila kau bagi harapan palsu. Baik kau buat muka tak tahu, muka blur je asal jangan buat dia lebih perasan dan mengharap kat kau. 


Kalau rasa TAK SUKA dan TAK BOLEH SUKA, silalah berterus terang. It's best to tell them, rather than allow them to live a lie, and give them false hope.

Kau nampak tak betapa besarnya WARNING kat atas tu. Budak tak pergi sekolah pun tahu tulisan kecik dan besar. Apatah cerdik pandai macam korang.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry ini!

1 comment: