Followers

Thursday, 8 May 2014

PERPISAHAN dan KEHILANGAN


Oh. Hai peeps! 


Hari ini, tajuk celoteh aku adalah macam diatas . Setiap orang, setiap masa, setiap minit, setiap detik dan setiap segala-galanya mesti pernah melaluinya. Tak kisahlah kucing kesayangan mati ke, orang tersayang pergi meninggalkan korang ke, kehilangan barang kesayangan ke, itu dikira sebagai perpisahan dan kehilangan. 


Perasaannya sangat sedih dan sakitkan? Itulah namanya hakikat kehidupan diatas muka bumi ini. Setiap yang hidup pasti akan mati dan pergi meninggalkan kita dan ada yang hidup pun pergi daripada kita. Kadang-kadang apa yang kita lalui mematangkan kita sebagai seorang manusia. Buat kita terfikir perkara yang bakal mendatang. Apa yang pastinya, kedua-duanya amat menyakitkan.


Oh...! Aku pernah bagitahu kat kawan aku, pengalaman mematangkan seseorang dan dia tak setuju dengan kata-kata aku. You know what she said? Dia kata macam nie, bila pengalaman tu menyakitkan seseorang, perkara tu yang buat kita jadi matang sebenarnya. Haha. Oke. Masuk akal juga apa yang dia kata. 


Allah tak akan timpakan ujian kepada hambaNya melainkan Allah tahu bahawa hambaNya mampu untuk melaluinya. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Allah kan sebaik-baik perancang. Pengalaman kawan-kawan yang putus cinta, putus tunang, putus segala-galanyalah adalah insan yang sangat tabah sebenarnya. 


Kenapa aku cakap macam tu, padahal diorang yang laluinya rasa nak putus nyawa. Iyelah, setia dan jujur kepada orang tersayang. Lepas tu, kena tinggal tanpa sebab. Kalau si perempuan setia, si lelaki buat hal. Kalau si lelaki setia, si perempuan buat hal. Kadang-kadang kita buta untuk menilai permata didepan mata kita dan memilih kaca untuk diri sendiri. Maka, kita pun berpisah.


Cakap-cakap orang dan cakap-cakap kawan kena amik kesah juga sebab diorang nampak apa yang kita tak nampak. Kita kena selidik betul-betul rutin seharian orang kesayangan atau orang yang berjanji setia dengan kita ni. Tak perlulah pasang spy, kawan-kawan cukup untuk bagi informasi kat kita. Maklumlah, banyak sangat buaya atas darat ni sampai zoo pun tak tahu nak sumbat kat mana si buaya-buaya ni. Haha.


Aku tak heran sangat kalau lelaki putus cinta sebab hati dorang ni bukan macam hati perempuan yang lembut even nampak muka macam heartless. Nama pun perempuan, sekali terjerat dengan perasaan ni mau meraung baq hang! Aku pun tak sampai hati tengok kaum aku diperbodohkan dengan buaya-buaya nie.


Tapi, tak semua lelaki buaya tau. Kalau yang baik tu, sangat baik. Beruntung sangat perempuan yang dapat lelaki yang baik. Kejap, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan sebaliknya. Itu dah termaktub didalam Al-Quran. Oke.


Kalau bab rumahtangga, aku bagi contoh ye berdasarkan apa yang aku tahu sebab aku belum melalui fasa ini. Hewhew. Si isteri baik dan semua keperluan si suami dipenuhinya dan langsung tidak membantah. Si suami pula, cepat panas baran, ada aje yang tak kena pada mata dia, padahal semua dah kira okey pada pandangan orang lain. Ini maknanya, Allah nak uji kesabaran si isteri. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.


Apabila kita berpisah, maka kita pun kehilangannya. Tak kiralah yang hidup atau yang telah tiada.


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry ini!

No comments:

Post a Comment