Followers

Friday, 2 May 2014

2# PRAKTIKUM

Hai uolls! Oke. Meh aku sambung balik cite pasal praktikum. Last day aku praktikum 25 April 2014. So sedih nak tinggalkan sekolah yang the bomb sebab sempoi sangat-sangat. Uolls pun takkan stress bila berpraktikum kat situ. Kat mana? tadaa... 


Kat sini ...




Sekolah inilah mengajar aku menjadi seorang pendidik tahap satu. Tahap satu? Iyela, sebab aku baru dilatih menjadi seorang guru daripada kosong. *kosong.. kosong..* Ceh! Menyempat aja nyanyi lagu Najwa Latif. Haha. Kira oke sangat sebab sekolah ni tak ramai sangat murid-muridnya. Bilangan semua murid adalah 287 orang sahaja. Sikit kan? Maka, senanglah nak handle budak-budak ini. Haha. Even sikit, masalah yang timbul, still tak boleh nak kata apa. Nanti tak pasal-pasal jadi kes polis. Kesian cikgu ni, nak anak didik jadi orang tapi disebabkan ibubapa yang terover prihatin. Nak jentik pun, fikir berjuta-juta kali. Apa-apa pun, aku nak kenalkan practicum mates aku.


Tadaa..! Cikgu gila sempoi...




Waktu ni, kunun-kunun nak celebrate habis praktikum . lol . By the way, Blackwood *nama restaurant ni* sangat sedap uolls! tak menyesal aku cakap kat korang. Wallah! Dekorasi dalaman pun ala-ala vintage gitu. Korang boleh pilih nak makan kat luar atau kat dalam. Kitorang pilih makan kat dalam sebab waktu ni siang hari, panas. Takut ter'burn' dek matahari yang mengancam! Haha.


Antara dekorasi kat dalam Blackwood yang aku sempat snap ...






Oke. Kita tolak ketepi kisah Blackwood. Sekarang aku nak cerita pasal sekolah pulak yea. Sekolah, ada yang suka pergi sekolah dan ada yang sebaliknya. Setiap orang pasti ada kisah masing-masing. Well, sekolah aku ini seronok sebab happening. Meh, aku tunjuk gambar semasa aku di sekolah. Haha.

Inilah dia ...


Practicum mates di bilik guru . menyempat aje posing .



Nasib baik lepas kitorang lapor diri, kitorang ditunjukkan tempat beradu dalam bilik guru. Kalaulah bilik guru penuh, tak tahu kat mana kitorang nak merempat selama sebulan. Haha. 


Waktu ini kelas ganti . 2 Amar .


Kelas 2 Amar ialah kelas pertama. Budak-budak sangat aktif plus mulut banyak. Kalau aku bercakap, ada aje yang menyampuk. Kadang-kadang tak terlayan aku dibuatnya, sabor ajelah. Budak-budak baru nak up. Haha. Telatah diorang kadang-kadang buat aku nak gelak sendiri. Comel. Ok, aku dah rindu kat diorang semua. Sobsob.


Perjumpaan unit uniform Puteri Islam.


Disebabkan aku telah dilatih untuk menjadi pemimpin sewaktu di IPG, maka aku dilantik untuk menjadi pemimpin Puteri Islam di sekolah. By the way, aku tengok dan pantau aje aktiviti yang dihandle oleh cikgu yang lebih layak. Haha. Aku nie guru pelatih aje. Nanti kunk aku buat aktiviti syok sendiri pulak. Naya, naya. Haha.



Aktiviti gotong-royong



Ceria betul budak-budak ini. Rajin! Haha.



Mengemas apa yang patut.



Lap tingkap


Aktiviti gotong-royong ini bagus supaya hubungan antara murid dan guru lebih erat. Tambahan pula, budak-budak kampung senang disuruh kalau cikgu minta tolong. Bukan buli oke. Takkan nak harapkan semua kerja cikgu yang buat kan. Cikgu pun banyak kerja yang perlu dilakukan. Tak salah rasanya minta tolong murid alang-alang isi waktu yang diperuntukkan. Sebenarnya, sekolah aku nie, masuk pertandingan sekolah lestari. Harap berbaloi dengan usaha murid dan guru di sekolah ini terutamanya Cikgu Suhaila yang telah ditugaskan sebagai pengarah projek. Cyaiok kak!


Hadiah untuk murid-murid aku


Comel tak kapal terbang cinonet aku ni? Haha. Jenuh aku nak siapkan tau, nak bagi budak-budak kelas aku. Kesemuanya 41 orang. Rasa nak menangis je sebab takut tak dapat siapkan. Tapi, alhamdulillah! Dengan bantuan kawan-kawan, siap jugak hadiah yang tak seberapa nie untuk kenangan daripada aku. huhu.


Inilah rupa yang sebenarnya.


Maaf sebab aku lambat update disebabkan beberapa masalah. Aku harap, aku dapat kembali ke sekolah Bintong. Rindu!


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry ini!

1 comment:

  1. acecehhhh, gmbr pagar skolah tu mcm kenal jek. haha. nsb baik ko ltak gmbor aku skali dlm ni, klu x aku saman dh sbb curik gmbor aku. hahaha

    ReplyDelete