Padang Besar, Perlis VS Alor Star, Kedah
Assalamualaikum...
Olla uolls! Rindu kat belog aku ini atau tidak? Baik cakap rindu, kalau tidak aku sekeh kepala korang. Cheh! Macam dapat je kan? By the way, aku melawak saja meyh. Ok, meh sini aku nak habaq mai kat hangpa. Aku nie suka jejalan, dua minggu yang lepas kalau tak silap aku. Aku keluar jalan-jalan dengan kengkawan aku. Oh! so happy uolls bila dapat merayap tak tentu hala nie.
Mula-mula, kitorang pergi Padang Besar, Perlis sebab kawan aku nak beli jersi. Semua dah sedia maklumkan bahawasanya disitu amat murah barang-barangnya. Aku nasihatkan korang supaya pergi masa hujung minggu dan bukan waktu cuti sekolah. Sebab apa nak tahu. Bila waktu cuti sekolah, teramat ramailah makhluk Allah yang pergi ke sana untuk memborong. Bagi pelajar macam haku ini, tidak termampu untuk shopping yang melampau-lampau hokey! sebab itulah aku mengingatkan diri aku dan kengkawan, kalau nak pergi shopping kat situ, bukan waktu cuti sekolah dan mudah bagi kitorang nak tawar menawar. Nak taknak, dorang (penjual) terpaksa bagi murah. Haha. Aku bagi tip-tip je. Itu pun kalau korang nak dengarlah. Aku tiada paksaan.
Pusing-pusing kat area situ sebab nak usha yang murah-murah dulu sebelum kawan aku nak decide nak beli kat mana. Aku pulak mengambil kesempatan ini untuk mengusha baju, dress, make up and pape lagi. Tetibe, wow! Chantek gila dress tu! Macam tutu dress cala qisha je. Lagi chantek oke. Aku dah verangan nak beli dress tu nak buat koleksi haku. Haha. Aku pantang tengok dress yang lawa-lawa nie, mulalah perasaan yang maha hebat muncul. Well, pompuan kan. Haha.
Nak dijadikan cheghite pulak, member aku sorang nie tetibe sengih macam kerang busuk. Apekehal mamat nie sengih sorang-sorang? Gila ke? Takkanlah. Bila aku tanya, dia kata takde pape. Aku pun pusing 360 darjah nak tengok keadaan sekeliling aku. OMG! Pensyarah kitorang, romeo and juliet rupanya. Aigoo! masing-masing menyembunyikan diri. Haha. Kitorang nie sebenarnya spieses elergik bila jumpa lecturer kat luar nie. Elergik yang tidak akan ada ubatnya. Cewahhh! dah macam doktor pulak. Sebenarnya, Mama Yati and Papa Man sporting habis, kitorang je kalut lebih. Lepas kawan aku tu beli jersi, kitorang terus blahh sebab takut terserempak dengan romeo and juliet.
Next destination, Alor Star, Kedah. Tetiba aku nak makan Mc Donald sebab dah lama aku kempunan nak makan. Almaklumlah, kat Perlis mana ada Mc'D dan aku adalah peminat tegar Mc'D. Nak kutuk aku pun aku tak kesah. Haha. Inilah ceghita bila di Mc'D.
Inilah kengkawan lepak king aku. Haha. Muka aku mintak penampar. Oh!please..
Mamat sebelah aku dah jadi milik orang. Haha.
Inilah aku. Hoeyeah!
Lepas makan kat Mc'D, kitorang solat di Masjid Zahir Alor Star. View kat situ tersangatlah cantik dan ramai pengantin yang amik gambar dorang situ pada sebelah petang. Aku pun tak terambil gambar masjid tersebut. Nanti aku upload bagi korang tengok ataupun korang tanya pakcik Google. Haha.
Selfie kejap dalam kereta. Jangan jeles uolls.
Muka tak boleh blahhh! Haha
Destinasi terakhir kitorang ialah dataran Alor Star yang kedudukannya di hadapan Masjid Zahir. Ramai yang melepak amik angin malam. Termasuklah kami berempat. Enjoy gambar-gambar aku di bawah bersama teman-teman sepermainan aku.
Aku memang suka orang amik gambar aku. Haha. Tapi ikut mood aku jugak sebenarnya, kalau baik maka baiklah. Kalau sebaliknya, jangan harap aku nak bergambar. Time lepak kat dataran nie, aku feeling-feeling duduk kat oversea gitu. Miahaha.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry ini!
No comments:
Post a Comment