Assalamualaikum...
*betul2 kan jari jemari dulu, jari kaki, perlu ke?haha.* Barulah ready nak coret mencoret kat sini. hoeyeahh! tajuk cik Alyaa hari ni pasal sekolah kan? So, cik Alyaa cerita pasal sekolah yang cik Alyaa datang untuk PBS.
PBS? stand for? uolls guess what? kalau yang memang dah bakal jadi guru sekolah rendah TERUTAMAnya mesti dah tahu apa maksud disebalik PBS tu. Sebelum tu, cik Alyaa nak bagitahu mengenai perbezaan ROS dan PBS. Apakah? bukan ros yang korang jumpa kat Genting Highland atau Cameron Highland tu tau. Nie Ros lain. Maksud ROS adalah R--> Rancangan O--> Orientasi S--> Sekolah. Manakala PBS ialah P--> Pengalaman B--> Berasaskan S--> Sekolah. ROS nie biasanya dilakukan oleh budak2 upsi sebab dorang nie bakal guru sekolah menengah dan PBS pula biasanya digunakan untuk budak2 maktab perguruan (IPG) yang bakal menjadi pendidik sekolah rendah. Berapa lama? PBS selama seminggu, ROS tidak dapat dipastikan sebab budak2 upsi dah tak buat ROS lagi tapi terus praktikum pada semester 7 selama 4 bulan! cik Alyaa pun baru tahu daripada kenalan daripada budak upsi sendiri. Itulah perbezaan yang cikgu eh silap, cik Alyaa nak bagitahu. Kalau ada cik Alyaa tersilap, boleh laa tolong betulkan ye. :)
18 Ogos 2013 (Ahad)
Mula2 sampai sekolah, cik Alyaa -pergi kantin dulu, bukan untuk makan tau. Sebab nak tanya makcik kantin, kat mana pejabat sekolah. Makcik tu kata pejabat tingkat atas sekali. Cik Alyaa pun tengok bangunan yang dekat dengan cik Alyaa. Gila! Tingkat empat ke pejabat sekolah ni? Melampau betul! Rajin betul cikgu2 nak naik tangga. *monolog dalam hati je*. Cik Alyaa pun naik laa tangga macam makcik tu cakap, kat tangga, cik Alyaa tanya la budak sekolah kat mana pejabat sekolah. Rupa2 nya tingkat satu aras dua, nasib tak naik tingkat atas sekali. Mau tebal muka nie. Haha. Macam biasa, mula2 kena la lapor diri kat pejabat sekolah untuk menunjukkan kite nie wujud dalam kawasan sekolah. Lepas lapor diri, ada perhimpunan pagi dengan semua warga sekolah. Maklumlah, cik Alyaa buat PBS kat sekolah pantai timur jadi sekolah mula hari Ahad. Agak kekok ye sebab cik Alyaa sorang je perempuan yang buat PBS kat SK Banggol, Setiu, Terengganu. Tapi, nasib baik juga ada kawan cik Alyaa daripada maktab lain buat kat sekolah yang sama. Masa kat perhimpunan tu, cik Alyaa terpaksa menahan teriknya pancaran matahari.ohh!ohh!panas tau uolls! sakit mata i dibuatnya. silau yang amat! Last ucapan daripada cikgu mana ntah, yang pasti lelaki bagitahu ada orang baru pada minggu ni iaitu dari ipg kota bharu dua orang dan ipg perlis sorang. Perlis? jauhnya! *apalah yang warga sekolah ni fikir pasal cik Alyaa kan*. Dalam pukul 8.30 camtu, perhimpunan pun habis. Alhamdulillah! cik Alyaa dengan kawan2 seperjuangan pun pergilah pejabat semula jumpa dengan GPK Kurikulum sebab guru besar tak ada sebab ada kerja kat luar kut. But, but.. i like GPK Kurikulum sebab, sebab.. beliau sangat bagus oke. Kenapa kata beliau bagus? nampak macam berkreabiliti, bertanggungjawab, berwibawa dab ber.. macam2 lagi. Lepas itu, beliau tanya sorang2 kos apa dan apa yang kitorang nak daripada pihak sekolah. Sporting uolls! Beliau pun ajak weolls ikut dia untuk berjumpa dengan cikgu2 yang sepatutnya weolls jumpa. Bagus tak beliau? Bagus kan? kan?
Cik Alyaa pun jumpalah dengan cikgu tersebut. Have a nice chit chat with the teacher that day. Cikgu tersebut peramah+mesra alam = i selesa! hoeyeahhh! And then, cik Alyaa duduk la kat bilik guru sebab cikgu yang suruh. Nasib baik ada meja kosong, kalau tak merempat la dalam sekolah ni. Sangat bosan kalau nama pun merempat,kan? nie 1st time cik Alyaa dapat duduk kat meja guru dengan cikgu2 sekolah ni. Hoho. Sebelum2 ni, ntah kat mana2 ja duduk sementara tunggu waktu sekolah habis.
19 Ogos 2013 (Isnin)
Hari kedua di sekolah, weolls bincang nak buat apa kat sekolah hari ini. Jalan2 sekitar kawasan sekolah, maybe? Last2, weolls ikut cikgu bahasa melayu masuk ke kelas. Cikgu ajak, cik Alyaa pun ikut laa. haha. Tengok gelagat budak2 dalam kelas, macam uolls tahu, budak2 ni seronok kalau ada cikgu baru masuk dalam kelas dorang. Mula2 cik Alyaa oke lagi, lama2 mata pun dah kuyu, menguap tak cakap, berkali-kali. mengantuk betul. Cikgu mengajar kat depan oke sangat, mungkin sebab budak2 dalam kelas tu baik sangat, jadi cik Alyaa rasa bosan. Habis masa, masuk bilik guru, buat apa yang patut, tak pun bual2 dengan cikgu kat sebelah, itu pun kalau ada cikgu kat sebelah. Waktu tengahari, cikgu2 semua kena masuk meeting untuk bincang pasal jamuan raya. Weolls kena pegi jugak ke? Tak kut. Tak sempat pun dengan kitorang. Last2, memang tak masuk meeting pun. Haha. Balik tepat pada waktunya! Masa itu emas, kan.
20 Ogos 2013 (Selasa)
Rutin. Pagi2 datang sekolah register nama, pukul berapa sampai sekolah. Ada sekolah punch card, ada yang kena tulis dalam buku kehadiran sekolah. Atas sekolah tu sendiri la macam mana manage pengurusan sekolah kan. Bagi cik Alyaa, better tak payah guna punch card, macam skema je, kalau lambat kena tanda merah. Menyusahkan betul! Amboi..cakap macam pernah kena je, padahal tak pernah lagi guna punch card, tapi dengar laa jugak beberapa orang mengeluh pasal punch card. So, siapa2 nak guna punch card, datang lah awal ke sekolah oke. Cik Alyaa bagi nasihat nie, so sila dengar ye! haha. uolls!uolls...! Jangan tak tahu ye, hari selasa ni ada hari kokurikulum, cik Alyaa tak suka panas2, bukan demand tapi ala2 puteri lilin laa kut. uppss! haha. kidding oke. Ada aku kesah hitam ke tak hitam ke. Sama je. Pengumuman kata, semua cikgu terlibat termasuk cikgu praktikal. Kitoramh bukan praktikal, so no need laa kan. Haha. Apa lagi, blahh laa weyh, macam biasa...
21 Ogos 2013 (Rabu)
Macam biasa. Tapi hari nie, luar biasa sikit, sarapan pagi tak berbayar. Amboi! Macam kantin tu bapak kau yang punya je. Dah memang bapak aku tauke kantin sekolah tu, so, tak bayar bayar laa. Haha. Untunglah! Terperap kat bilik guru, sampai tak tahu nak buat ape. Intai budak dua orang tu, dah lesap ntah kemana. Rupa-rupanya kat perpustakaan jaga budak2 darjah 4&5. so, join dorang. Habis masa, kitorang pun balik.
22 Ogos 2013 (Khamis)
Last day kat sekolah! hoorayyy! Seronoknye! Sebab malam ni jugak balik hostel... Haha. Sebut je hostel, semua nak balik lambat,kan? kite je suke kat hostel sebab i'm freedom! haha. Sebelum balik, Cik Alyaa salam2 dngan cikgu2 yang ada dalam bilik guru. Tunggu masa, Cik Alyaa pun balik lah. Daa~
22 Ogos 2013 (Khamis)
Last day kat sekolah! hoorayyy! Seronoknye! Sebab malam ni jugak balik hostel... Haha. Sebut je hostel, semua nak balik lambat,kan? kite je suke kat hostel sebab i'm freedom! haha. Sebelum balik, Cik Alyaa salam2 dngan cikgu2 yang ada dalam bilik guru. Tunggu masa, Cik Alyaa pun balik lah. Daa~
No comments:
Post a Comment